Artikel 03

‘Jangan gelap mata’

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
 

KUALA LUMPUR: Sikap pengguna yang terlalu mudah percaya kepada kekayaan sekelip mata, membuatkan mereka gelap mata dan menyertai sebarang pelaburan tanpa menyelidiki latar belakang individu atau syarikat yang menawarkan pelaburan berkenaan terlebih dulu

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, walaupun sudah kerap dipaparkan melalui media mengenai penipuan membabitkan pelaburan, orang ramai masih ingin melabur dalam skim seperti itu. “Malah, ramai pelabur yang tidak mengetahui sama ada syarikat yang dilabur itu benar-benar wujud selain mudah terpengaruh dengan testimoni pelabur yang berjaya dalam pelaburan berkenaan sebelum ini.

“Justeru, saya menasihatkan bakal pelabur supaya mempunyai pengetahuan asas dalam pelaburan bagi mengelakkan mereka tertipu selain menyelidiki syarikat pelaburan yang ingin disertai terlebih dulu terutama jika membabitkan jumlah besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai nasib seorang warga emas yang datang dari Terengganu untuk membuat pelaburan emas dengan seorang lelaki Nigeria di ibu kota yang dirompak RM310,000 sejurus sebelum perbincangan bermula dengan Awang Hitam terbabit dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Ampang Hilir, petang kelmarin. Awang hitam itu yang dikenali mangsa melalui seorang kenalannya di Kuala Lumpur mendakwa sudah lama bergiat dalam pelaburan emas yang diimport dari negara asal mengikut permintaan pembeli

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment