KEGUNAAN DINAR SEBAGAI MAS KAWIN
Mas kahwin atau
mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan
oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat
Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian
dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan
terkandung dalam rukun nikah. ~ wikipedia
Masyarakat
perlu bijak untuk membezakan antara perkara yang melibatkan adat yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu dan ibadat yang
dituntut dalam Islam.
“Perkara pokoknya, mas kahwin ialah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang Melayu.
Kisah 1: M.Nasir dan Marlia Musa pada tahun 2000 .
Kisah ini menjadi kisah contoh kepada pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas
keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. ~ utusan
Seperti yang dilakukan oleh M.Nasir ketika menikahi Marlia Musa 12
tahun yang lalu, pada masa itu nilai tiga belas keping dinar emas hanya
bernilai RM 2,000.00.
Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian
Saidina Umar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat) ,maka
harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan hari ini harga 1 dinar adalah
RM800, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM10,400.00. Dan hari
ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 2 ½ dinar emas sahaja.
Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin
di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang
menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai
mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk
menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah
KISAH 2 : Pada 27 Jun, 2009. Pasangan Dang Suria dan Ad Samad selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.
HANYA
dengan sekali lafaz, pengacara rancangan Awani Pagi dan bekas pembaca
berita TV3, Dang Suria Zainordin, 37, atau Dang Suria sah menjadi isteri
kepada penulis lirik prolifik Ahmad Shah Adrian Samad, 40, atau Ad
Samad pada majlis pernikahan di rumah kakak pengantin perempuan di Kota
Damansara pada Sabtu lalu.
Tepat jam 9 malam, pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd Arip Johdi.
Tepat jam 9 malam, pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd Arip Johdi.
Pada majlis itu, Ad Samad turut menyerahkan mas kahwin kepada Dang Suria berupa 1 dinar emas
berserta hantaran lima dulang berbalas tujuh termasuk cincin
perkahwinan disarungkan pasangan ini sewaktu majlis membatalkan air
sembahyang.
Mempelai kelihatan manis dalam persalinan yang direka khas Putera dari Butik Cosry dan sebaik pernikahan selesai, diteruskan dengan majlis resepsi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi cukup meriah dengan dihadiri keluarga rapat dan sahabat handai.
Turut hadir Baharudin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki yang bertindak sebagai wakil tuan rumah bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan disaksikan Datuk Aziz Sattar dan Datuk Ismail Hudson.
Mempelai kelihatan manis dalam persalinan yang direka khas Putera dari Butik Cosry dan sebaik pernikahan selesai, diteruskan dengan majlis resepsi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi cukup meriah dengan dihadiri keluarga rapat dan sahabat handai.
Turut hadir Baharudin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki yang bertindak sebagai wakil tuan rumah bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan disaksikan Datuk Aziz Sattar dan Datuk Ismail Hudson.
KISAH 3 : "Aku terima nikahnya Irma Hasmie binti Ibrahim dengan mas kahwin nya 3 dinar tunai "
Tepat
jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan
dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3
Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung
di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh
bapanya dan 2 orang saksi.
yang nak jadikan DInar Emas sebagai mas kawin atau
hantaran boleh hubungi sy di 013-8184030
No comments:
Post a Comment