KUALA LUMPUR 2 April - Penggunaan dinar emas dan
dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi
yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel
Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta
menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki
nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan
bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman
dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang
merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia
bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara
lain," katanya.
No comments:
Post a Comment