![]() |
Contoh Cincin BerpPREMIUM TINGGI |
Salam sejahtera kepada semua.
Diharapkan pembaca sekalian sihat hendaknya di samping keluarga tersayang.
Saya sering kali ditanya oleh pelanggan saya tentang harga produk emas yang berlainan mengikut jenama tertentu. Malah, ada juga yang mempersoalkan harga emas yang “mahal” setelah tawar-menawar dilakukan.
Saya semak harga emas hari ini hanya RM176 segram. Kenapa pula ada pihak yang jual sampai RM170 segram? Mahal daripada harga semasa.”
kata seorang daripada pelanggan saya.
Mengapa ini berlaku?
Ini kerana harga emas segram yang dipaparkan adalah harga spot iaitu harga dagangan emas mentah sedunia.
Setelah emas dibentuk menjadi produk tertentu seperti jongkong, syiling atau barang kemas, harga spot emas tersebut ditambah dengan upah pertukangan dan keuntungan pembekal serta peruncit menjadikannya harga jualan produk emas tersebut. Tambahan harga ini disebut sebagai premium.
Kebiasaannya premium emas dikira mengikut berat, bentuk (design) & kenadiran*:
- Semakin ringan produk emas, semakin tinggi premiumnya. Contoh: Jongkong emas 1g lebih mahal daripada jongkong emas 100g yang sama ketulenan jika dibandingkan harga segram masing-masing.
- Semakin menarik & eksklusif bentuknya, semakin tinggi premiumnya. Contoh: Rantai leher yang menarik & eksklusif bentuknya lebih mahal daripada rantai leher biasa yang sama ketulenan dan sama berat masing-masing.
- Semakin nadir produk emas, semakin tinggi premiumnya. Contoh: Syiling emas peringatan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia (WWF) lebih mahal daripada syiling emas biasa yang sama ketulenan dan sama berat masing-masing kerana hanya 250 keping yang ditempa di dunia.
Semak dahulu harga emas daripada beberapa orang penjual. Pilih emas yang rendah nilai premium. Ini kerana keuntungan yang sebenar dikira ketika emas dibeli.

*Kenadiran daripada perkataan nadir yang membawa maksud jarang didapati atau terhad.
***Sumber : Jutawan Dua Logam
No comments:
Post a Comment